What's New

New Added || Nora: Samudera

Album kompilasi terbarunya, Samudera amat bermakna di dalam hidup penyanyi bersuara lantang dan gemersik ini.

Bukan sahaja ia dilancarkan pada hari lahirnya yang ke 33 semalam, malah ia turut membuktikan keunggulan Nora bertahan di dalam industri ini selama 14 tahun.

Album yang berada di bawah naungan Warner Music ini dikatakan satu gambaran kepada perjuangan penyanyi yang berasal dari Kelantan yang telah melalui pelbagai onak dan duri untuk mengecapi kejayaan di pesada muzik tanahair.

“Alhamdulillah, saya mampu bertahan selama lebih daripada satu dekad. Ini merupakan satu kejayaan yang besar kerana jarang sekali artis Malaysia mampu mengekalkan populariti mereka lebih sebegitu lama,” ujar Nora yang mempunyai reputasi yang gah setanding dengan pencapaian artis-artis wanita tersohor negara seperti Siti Nurhaliza, Sheila Majid serta Ning Baizura .

Album kompilasi Samudera memuatkan 26 seleksi lagu terbaik Nora dari tahun 1991 ke 2005.

Track Sample:

Secebis Harapan


Read More......

New Added || Fazli Zainal: Harapan

KETIKA ini, lagu merdu ciptaan sepenuhnya Hazami berjudul Harapan, kerap kali berkumandang di radio tempatan. Begitupun, tidak ramai pendengar yang mengetahui siapa empunya suara yang mengalunkan lagu berentak perlahan berkenaan.
Menyebut nama Fazli Zainal, mungkin ramai tertanya-tanya, siapakah gerangan jejaka terbabit? Bersiap sedia sajalah sebab penyanyi ini bakal tampil dengan album pertama tidak lama lagi. Diterbitkan syarikat baru, U’quotient Records, album itu kini memasuki peringkat akhir proses persiapannya sebelum diletakkan di rak CD dan kaset peminat muzik tempatan.

Fazli sebenarnya bukan nama asing bagi mereka yang gemar berhibur di kelab malam dan hotel. Penyanyi ini juga sering menyertai pelbagai pertandingan nyanyian, termasuk Malaysian Idol (MI) musim pertama, pada 2004. MI jugalah pertandingan paling berjaya buat lelaki berusia 29 tahun ini apabila dia terpilih sebagai peserta Top 12, biarpun tersingkir seawal minggu pertama.

Mula menyanyi di kelab (di Holiday Inn Johor Bahru) pada penghujung 1998, dia berpindah dari satu tempat ke tempat lain, menimba pengalaman sebagai penyanyi. Walaupun agak lama masa diambil sebelum akhirnya disambar syarikat rakaman berkenaan, jejaka dari Selatan ini tidak mudah putus masa.

“Saya memilih U’quotient Records kerana syarikat ini memberikan kebebasan buat saya memilih lagu yang sesuai,” kata Fazli yang turut mendapat pengawasan Ketua Pegawai Operasi 8TV, Ahmad Izham Omar.

Single kedua penyanyi ini, Mantera Sakti, juga termasuk dalam kategori irama rancak. Lagu terbabit dicipta Audi Mok, manakala liriknya adalah hasil pena AD Samad. Pada majlis berkenaan, 10 lagu dimuatkan dalam album Fazli yang diperdengarkan kepada wakil media.

Lagu terbabit ialah Sejuta Nafas Cinta (sebuah lagi lagu balada ciptaan Hazami yang berpotensi untuk popular), Mantera Sakti, Harapan, Haruskah, Ke Akhir Masa, Ku Bukan Boneka (menampilkan Terry Lee), Hadirmu Cuma Seketika, Lihatlah (menampilkan Dina), Ku Tetap Bersamamu dan Penghujung Cerita.

Album berkenaan bukan saja menampilkan ciptaan komposer muda tempatan, malah sebuah lagu ciptaan Pengiran Sufri Bolkiah turut dimuatkan. Lagu itu, Ku Tetap Bersamamu, diterbitkan di Indonesia oleh Edlanda Yunita, anak didik komposer terkemuka negara berkenaan, Indra Lesmana.

Harapan diletakkan dalam kategori pop bebas dijangka berada di pasaran pada 14 Ogos ini menerusi edaran Sony BMG Music Entertainment (M) Sdn Bhd.

Track sample:

Harapan

Read More......

New Added || KRU: ’10 Diskalarichter’

Gerenti Beres merupakan single pertama album KRU yang ke 13 bertajuk ’10 Diskalarichter’ yang akan dipasarkan tahun ini. Selain Gerenti Beres, KRU juga menghasilkan sebuah lagi klip video yang bertajuk C'mon Lah. Klip video ini juga membawa kelainan tersendiri kerana menceritakan perjalanan lucu dan menarik beberapa personality hiburan seperti Jac, Mawi, Siti Nurhaliza dan beberapa nama popular yang lain."Gerenti Beres adalah single lagu bahasa Melayu manakala C’mon Lah adalah single lagu bahasa Inggeris. Kedua-dua klip video klip kami banyak mengutarakan humor dan jenaka. Kami juga menggunakan pelakon-pelakon tambahan yang membawa watak-watak penyanyi terkenal yang dipaparkan. Ada satu adegan mahkamah di dalam C’mon Lah," kata Norman.
Norman juga menjelaskan hampir keseluruhan lagu-lagu dalam album ke-13 ini lebih kepada konsep humor yang mengandungi mesej sindiran yang lebih menjurus kepada hiburan untuk pendengar.Walaupun usia mereka sudah meningkat, Norman berasa peningkatan usia bukan penghalang kepada gaya remaja yang dibawa oleh mereka."Kami mendapat banyak cadangan juga kritikan yang ingin mereka mengubah imej mereka agar sesuai dengan usia mereka. Kami lebih selesa begini. Apapun album yang kami lakukan, kami mementingkan kualiti muzik agar sedap didengar dan senantiasa diminati," ujar Norman lagi.
Track Sample:

Read More......
Related Posts with Thumbnails

Latest

Download Full Album

.. .... .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..
/* /*