Kumpulan Flop Poppy kini muncul dengan album terbaru mereka yang bertajuk Cendera Jiwa. Album ini telah pun berada di pasaran dan ianya memang perlu dimiliki kerana lagu-lagunya yang menarik dan berkualiti.Single pertama album Cendera Jiwa adalah lagu Ya Kamu, di mana lagu ini sudah mula menjadi semakin popular di stesen-stesen radio tempatan. Lagu Ya Kamu telah ditulis oleh Andy dan liriknya telah ditulis oleh Andy dan Fathul. Apa yang menarik, Flop Poppy telah memasukkan sedikit rentak ska dalam album ini. Ini satu percubaan yang baik kerana ia menjadikan lagu Ya Kamu lebih menarik untuk didengar.
Tambahan pula gabungan rentak yang bersesuaian menjadikan album ini lain dari album-album Flop Poppy yang terdahulu.Walaupun Flop Poppy tidak berganding suara dengan mana-mana penyanyi dalam album Cendera Jiwa, mereka masih mampu menarik perhatian para pendengar dengan keunikan suara vokalistnya Andy. Tidak kurang hebatnya muzik yang dimainkan oleh anggota-anggota Flop Poppy seperti Mijie dan Megat.
Credit : www.era.fm
Note: Pls support this album!Kepada anda yang meminati kumpulan Flop Poppy dapatkan segera album ini di pasaran sekarang. Bagi saya ia agak memuaskan dan berbaloi untuk dimiliki.
Track Sample:
0 comments:
Post a Comment