What's New

New Added || Farawahida : Tanpamu

TANPAMU pastinya bukan album runut bunyi biarpun lima daripada himpunan 10 lagu yang dimuatkan adalah lagu tema sama ada untuk drama bersiri mahupun filem. Ia tidak mencacatkan malah jauh se kali mengganggu kelancaran kerjaya seni bakat baru yang dituai daripada pelbagai pertandingan nyanyian ini. Sebaliknya saya melihat pemilihan lagu nyanyian Fara sebagai bonus buat dirinya mencari ruang selesa menjadi barisan pelapis.Dari segi fizikal, Tanpamu tidak keterlaluan malah setiap aspek termasuk kulit album, melodi, rakaman, bunyi dan susunan muzik dija ga rapi supaya alirannya menangkap terus di telinga. Jangan fikirkan sangat soal cecah angka jualan puluhan ribu unit, yang utama, album ini dihasilkan dengan bermutu.Bermula dengan lagu yang agak rancak ditambah elemen hip hop, Tanpamu ciptaan Julfekar ditampilkan sebagai irama yang funky dan catchy.Jangan Kau Pergi (lagu tema filem Cinta Terakhir 2006), lagu yang seakan cuba merempuh tembok penguasaan lagu balada bernada tinggi Ziana Zain.Awas dengan vokal lantang gadis ini, silap dengar, lenggok suaranya macam Ramlah Ram pun ada! Teringin hendak bertanya, dari mana datangnya kudrat vokal lebih tinggi notanya dari note piano itu? Mungkin komposernya, Hazami boleh tolong jawab.Kali Terakhir adalah irama world music yang cukup menyeronokkan. Satu lagi variasi sentuhan Julfekar memberikan kelebihan dari segi versatiliti vokal Fara. Saya sedar, dia sendiri sedang mencari kekuatan dan kelemahan vokal unik halus dan lantang itu.Antara lagu lain yang turut dimuatkan ialah Aku Pun Bosan, Dan Aku Masih, Setia Menanti, Sesal Yang Datang (lagu tema Samarinda Simbiosis), Menung Yang Panjang (lagu tema Selagi Tuhan Masih Sayang) dan Kau Kata Kau Cinta.

Track Sample :

Menerjah Awan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Latest

Download Full Album

.. .... .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..
/* /*