What's New

Dewi dewi - Dokter Cinta


Ahmad Dhani, the genius asshole, create an icon again. After dumped Maia and Mulan, he make some others newly starlets, Dewi-dewi. The 3 hot girls with beautiful voices will kill you all...

Mendengar single pertama Dewi Dewi - Dokter Cinta dari album Recycle +, pasti ramai menyangkakan ia adalah lagu dari kumpulan Ratu. Jika diselidik siapakah gerangan mereka ini, pasti ramai akan menganggap mereka adalah klon Ratu, apatah lagi apabila dikuatkan dengan fakta bahawa mereka adalah anak didik Ahmad Dhani yang juga menubuhkan kumpulan Ratu sedikit masa dahulu.

Dengan menggunakan khidmat Ahmad Dhani selaku penerbit album memberikan bonus untuk mereka bertapak sekaligus mencipta nama di Malaysia kerana Ahmad Dhani sudah lama popular dengan kumpulannya - Dewa 19.

Dewi Dewi yang dianggotai oleh tiga gadis manis Purie, Tata dan Carolina(Ina), masing-masing mempunyai pengalaman dalam bidang muzik yang telah dipilih daripada Pertandingan Obsesi Dewa 19 Mencari Dewi Dewi.

Menggunakan judul album Recycle +, hampir kesemua lagu-lagu yang dimuatkan adalah lagu dari kumpulan Dewa 19 yang dinyanyikan semula oleh Dewi Dewi mengikut kekuatan vokal muzik masing-masing iaitu Tata - Rock, Purie - Pop dan Ina yang lebih kepada Jazz.

Dengan keunikan vokal ini memberi peluang mereka untuk menunjukkan kemampuan masing-masing kepada Ahmad Dhani yang mereka akui seorang yang tegas tetapi menyenangkan selama selama bekerjasama.

Walaupun dikatakan mempunyai genre muzik yang hampir sama dengan Ratu, bekas anak didik Ahmad Dhani, Dewi Dewi sedikit pun tidak melenting. Sebaliknya mereka menganggap pemilihan muzik yang dilakukan Ahmad Dhani mempunyai sebab yang tersendiri dan mungkin juga kerana genre muzik ini yang disukai pendengar masa kini.

Download

Dewi - dewi - Dokter Cinta

Read More......
Related Posts with Thumbnails

Latest

Download Full Album

.. .... .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..
/* /*