What's New

Letto - Truth, Cry , Lie

emunculan Letto di pasaran Malaysia dengan Truth, Cry and Lie, ternyata mendapat sambutan. 3.5/5 bintang.


Satu lagi kumpulan dari Indonesia Letto mencuba nasib di Malaysia. Dengan penampilan sebuah album yang menggunakan tajuk berbahasa Inggeris ` Truth, Cry and Lie, Letto memulakan langkah untuk mengembangkan sayangdi negara bertuah ini. Ternyata usaha mereka tidaks ia-sia.


Penghasilan album yang menenengahkan irama pop Melankolik ini menitikberatkan kualiti dan usaha itu berbaloi apabila baru-baru ini fi Anugerah Planet Muzik 2007 di Singapura, Letto berjaya mengondol Anugerah Duo/Berkumpulan Baru Terbaik. Tahniah!


Dianggotai oleh Noe, Patub, Arian dan Dedi, Letto mempertaruhkan Ruang Rindu sebagai single pertama mereka. Lagu ini enak didengar dan serta-merta mendapat tempat di kalangan pendengar-pendengar tempatan. Ruang Rindu kini antara lagu-lagu yangpopular menjadi pilihan pendengar di radio ERA.


Lain-lain lagu yang tersenarai adalah seperti Sampai Nanti, sampai Mati, Sandaran Hati, Sebenarnya cinta dan beberapa lagu Inggeris seperti No One Talk About Love Tonight, Insensitive dan Truth, Cry and Lie.

Read More......

Siti Nurhaliza - Hadiah Daripada Hati

Dato'' Siti Nurhaliza muncul untuk mengubat rindu peminat-peminatnya dengan album pop terbaru berjudul Hadiah Daripada Hati. Album terbitan syarikat beliau sendiri dengan edaran Suria Records kini sudahpun berada di pasaran.

Mendengarkan kesemua lagu-lagu yang ada di dalam album ini, ternyata ianya tidak menghampakan. Bermula dengan sebuah lagu tema drama bersiri Spa Q, Ku Mahu, ternyata ia adalah sesuatu yang terbaru daripada penyanyi wanita hebat ini. Lagu ciptaan Audi Kok dengan lirik oleh Rina Khan ternyata kini menjadi siulan ramai. Lagu ini juga sudah berads di dalam kedudukan 20 lagu popular Carta ERA.

Sebuah lagu yang menarik untuk didengar ialah Melawan Kesepian oleh Ponky Barata. Lirik juga ditulis oleh komposer berbakat ini. Sebuh lagu balada yang enak untuk didengar.

Saya juga menyenangi lagu Hati yangmerupakan lagu tema filem sejarah 1957 Hati Melaya. Lagu ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Shuhaimi Baba, begitu puitis dan mendalam maksud setiap baris liriknya. Hayati lagu ini dan anda akan faham maksud saya.

Bagi saya album Siti kali ini lebih kepada `easy listening''. Kebanyakan lagu-lagu yang terkandung adalah balada dengan lebih mudah untuk difahami makna setiap baris senikatanya.

Bagaimana pula dengan kulit album kali ini? Siti bermain dengan warna gelap, baik pakaian yang dikenakan di tubuh beliau mahupun latarbelakangnya. Mungkin ada makna sebalik pengunaan warna hitam ini yang penuh dengan simbolik dan unik. Seperti biasa seri wajah Siti Nurhaliza terserlah pada kulit album kali ini.

Secara keseluruhan saya senang dengan album Hadiah Daripada Hati dan saya pasti peminat-peminat beliau akan terus menyokong beliau dengna membeli yang original.

Track sample:

Hati

Read More......
Related Posts with Thumbnails

Latest

Download Full Album

.. .... .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..
/* /*