What's New

Mila - Persis Mutiara

Setelah menggenggam trofi juara wanita pertama Akademi Fantasia 5, gadis kecil molek dari Pulau Pinang, Mila terus melangkah maju ke hadapan dengan kemunculan album penuh berjudul Persis Mutara.

Menariknya album ini kerana kemantapan vokal Mila yang mengagumkan. Setelah single pertama Persis Mutiara meletakkan Mila sebaris artis-artis baru popular, single keduanya Mila Bila Cinta, memperkukuhkan lagi kedudukan beliau.Lagu ini antara lagu pilihan ramai di radio ERA.

Pilihan peribadi saya adalah Ilham Dimatamu, ciptaan Ajai dan lirik oleh Loloq (Allahyarham). Ternyata vokal Mila begitu hebat apabila mendendangkan lagur berirama balada.

Single ketiga yang dipertaruhkan oleh Mila adalah Aku Lebih Tahu juga ciptaan Ajai dan lirik oleh Lolog (Allahyarham).Lagu ini jugamula meniti carta-cara muzik tempatan.

Kulit album Mila ini juga cantik malah rasanya antara yang terbaik jika dibandingkan dengan artis-artis Maestro yang lain. Penghasilannya tampak lebih teliti dan tersusun. Inlaynya kemas dengan setiap lirik yang ditulis mudah untuk dibaca.

Lain-lain lagu yang boleh anda dengar adalah seperti Pergimu, Gila, Kejam dan Demi Cinta Selamanya. Persis Mutiara sebuah album yang menarik daripada pendatang baru- Mila. Malaysia telah memilih beliau juara AF5 dan pastinya Mila tidak mahu menghampakan harapan peminat-peminat beliau yang banyak melabur ketika di Akademi Fantasia. Justeru itu Persis Mutiara dihasilkan sebaik mungkin agar berbaloi untuk setiap peminat beliau miliki. Kepada Mila- selamat datang ke industri muzik Malaysia!

Download :

Full Album

Read More......
Related Posts with Thumbnails

Latest

Download Full Album

.. .... .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..
/* /*