What's New

New Added || Search : Gothik Malam Edan

SEARCH bersatu kembali dengan kemunculan album yang dinanti-nanti, Gothik Malam Edan. Sebuah album hebat dan patut dimiliki oleh peminat-peminat rock.4/5 bintang.


Setelah lama tidak mendengar berita mengenai kumpulan rock legenda, akhirnya Search muncul dengan barisan pemain-pemainnya yang dahulu – Hillary, Amy, Yazit dan Nasir dengan album baru berjudul Gothik Malam Edan. Ramai yang ternanti-nantikan album ini kerana setelah sekian lama tidak muncul, peluang untuk mendapatkan album ini sudah pasti tidak akan dilepaskan.

Bermula dengan single pertama Yin & Yang ciptaan M.Nasir dan lirik oleh Lolog, lagu ini segera mendapat tempat di hati peminat-peminat rock dan menjadi pilihan mereka di dalam rancangan pilihanmu di ERA. Kemudian menyusul single kedua mereka Memoria Anna ciptaan Edrie Hashim, sebuah irama hard rock yang cukup bertenaga dibawakan oleh vokalisnya Amy.

Kehebatan album ini adalah kerana pemain-pemainnya cukup berpengalaman dan amat disegani di dalam industri muzik rock. Mereka adalah legenda rock yang masih berada di kedudukan teratas. Kerana itulah setiap lagu yang disampaikan cukup hebat dan meremangkan bulu roma!! Dengarkan lagu-lagu seperti Gothik Malam Edan, Ampun, Lara Tari Pencinta dan banyak lagi . Anda pasti bersetuju bahawa album ini adalah album yang terbaik untuk tahun ini. Susunan muziknya mantap dan liriknya amat sinonim dengan Search. Vokal Amy…tidak perlu dipertikaikan lagi… ianya seperti tahun-tahun yang sudah……malah semakin mantap dan bertenaga.Alangkah manisnya jika ada Din dan Kid, juga pemain asal kumpulan ini turut serta di dalam album terbaru ini.

Track sample:

Search - Gothik Malam Edan

Search - Menawan Marikas

Read More......

New Added || Def Gab C : Pelangi Petang

Def Gab C yang merupakan kumpulan rock pertama yang meraih Aunegrah Era 2001 menerusi lagu rock pilihan menerusi ‘Marilah Maria,’ kini tampil bersama album terbaru mereka berjudul ‘RWD 0106’.

"Album ini menampilkan 8 buah lagu termasuk lima buah lagu lama yang diberi nafas baru ," ujar Eddie yang teruja akan konsep yang diketengahkan oleh kumpulan tersebut, yakni rakaman secara 'live'.

"Ini bukan merupakan album studio yang dirakam berkali-kali dan boleh diubah suai. Tetapi, rakaman ini dilakukan sekaligus dalam masa lima jam dan tiada suntingan," jelas Eddie mengenai produksi pertama Def Gab C Sdn Bhd bersama-sama syarikat Frimzz setelah menamatkan kontrak bersama Sony BMG.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah "Pelangi Petang', ‘Berjuta Batu’ serta tiga lagu baru yakni ‘Risalah Hati’, ‘Asyik’ dan ‘Funky Disko’.

"Lagu-lagu seperti 'Pelangi Petang' serta ‘Kenangan Mengusik Jiwa’ merupakan lagu-lagu nostalgia dari era 60an serta 70an yang jarang diputarkan di corong-corong radio.
Kami mahu membangkitkan semula populariti lagu tersebut terutamanya di kalangan pemuda-pemudi generasi sekarang," ujar Eddie mengenai sebab mengolah semula lagu-lagu lama tersebut.

Album ‘FWD 0207’ serta Def Gab C: Greatest Hits Alive’ pula akan menyusuli pada tahun hadapan pula.

Track Sample:

Def Gab C : Pelangi Petang

Read More......

New Added || OST MY Heart: My Heart

Not half as good as the decent Ada Apa Dengan Cinta?, My Heart is a teen love story that shamelessly follows in the footsteps of the over-referenced Kuch Kuch Hota Hai, with a few minor changes. The minute I caught sight of the first scene of a boy and a girl playing around a tree house, my brain sent strong signals to me to leave immediately, but like a lovesick fool I stayed and let myself be mentally tormented.

A tomboy Rachel and her best friend Farel grow up together and share a liking for playing basketball. Of course, only the cold-hearted will not recognise this as code for her being secretly in love with Farel and she gets heartbroken when he falls head over heels in love with Luna, a comic book writer and illustrator of sad fairy tale stories. A number of scenes ensue in which Farel courts Luna, which involve romantic surprises in the rain and staring affectionately at two turtles about to mate.

Track Sample:

My Heart - Irwansyah ann Acha Septraiasa

Read More......
Related Posts with Thumbnails

Latest

Download Full Album

.. .... .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..
/* /*