What's New

Request || Exists :Special Edition

Sebuah lagi album kompilasi, kali ini dari kumpulan Exist. Album ini memuatkan 16 buah lagu. Salah satu lagu baru yang dijangka bakal meletup ialah Buat Kita (Kasih Seharum Mawar) yang mempunyai perasa baru yang lebih 'kick' dar kumpulan berpengaruh ini. Lagu tersebut adalah hasil ciptaan Tam (Spider).

Liriknya cukup syahdu dan tentunya sedap didengar oleh halwa telinga pendengar kerana liriknya digarap oleh saudara Loloq, seorang penulis lirik yang tersohor di Malaysia.

Selain itu, dua lagu lama yang bertajuk Mengintai Dari Tirai Kamar yang dipetik dari album 'Jangan Gentar' telah diolah semula mengikut trend muzik masa kini. dan Penisilin yang dipetik dari album 'Seperti Dulu' yang turut menampilkan Farihin Abdul Fatah.

Istimewa dan uniknya album adalah kerana ia turut memuatkan dua lagu Jepun yang bertajuk Onaji Mamade (Seperti Dulu) dan Ushinatta Ano Omaide (Hilang Dalam Ramai).

Onaji Mamade merupakan versi Jepun bagi lagu Seperti dulu yang telah di petik dari album 'Seperti Dulu'.

Exists: Special Edition telah diterbitkan oleh Ada Exists Sdn Bhd dan diedarkan oleh NAR Records Sdn Bhd. Antara komposer yang terlibat dalam album ini antaranya seperti Ajai, G-Nola, Putra Aiman, Tam(Spider), Saari Amri dan juga Musrad.

Credit : xfresh.com

Track Sample:

Buat Kita (Kasih Seharum Mawar)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Latest

Download Full Album

.. .... .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..
/* /*