What's New

New Added || Akademi Fantasia 3 : Evo 05 (02)

Album trilogi EVO ’05 Akademi Fantasia 3 terdapat kombinasi pelbagai genre dari world music, etnik fusion, pop, rock, balada, lagu evergreen yang diberi nafas baru.
Dalam senarai lagu yang hanya lima, trek empat adalah paling menarik perhatian saya. Bersama Mu nyanyian Aidil adalah nukilan Aidil bersama Iman Wan sendiri. Hendak kata lagu ini hebat sangat tidaklah, cuma usaha yang datang sendiri dari bekas pelajar Akademi Fantasia 3 (AF3) ini perlu diberi pujian.Pelajar begini yang kita mahu, bukan yang kerjanyanya menyanyi buta-buta saja. Kalau anda mahukan sesuatu yang lebih teknikal, ada substance, dengarlah nyanyian Idayu pada trek lima. Tanpa tengok in-lay pun tahu ia ciptaan Adnan Abu Hassan.Lagu ini berjaya membongkar kemampuan vokal Idayu dari segi teknik dan kawalan. Malah pada penamat lagu ini, jangan pula ingat ia jeritan halus Mariah Carey kerana ia memang kemampuan Idayu.Percaya Pada Cinta saya kategorikan sebagai hasil yang sederhana, baik dari segi gubahan, lirik mahupun pe nyampaian. Tidak dinafikan menerusi lagu ini saya didedahkan dengan vokal tulen Akma. Memang lagu begini sesuai dengan range vokalnya yang tidak terlalu tinggi dan tone yang masih hijau.
Kebanyakan lagu di dalam album ini telah dicipta oleh Adnan Abu Hassan dan Ajai. Foto-foto yang diambil adalah sewaktu persembahan mereka di Konsert Akademi Fantasia. Setelah tiga musim Akademi Fantasia berlangsung, inilah trilogi EVO yang terbaik dihasilkan dari segi produksi lagunya.

Track Sample :

Idayu AF3 - Kasih Yang Terpisah : http://www.savefile.com/files/5003445

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Latest

Download Full Album

.. .... .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..
/* /*