What's New

Imran Ajmain - Seribu Tahun

Imran Ajmain, Satu nama yang kini perlu diberi perhatian!Penyanyi dari Singapura kini semakin popular di bumi Malaysia gara-gara single `berhantu' beliau berjudul Seribu Tahun. Dengan album berjudul `Dengan Secara Kebetulan'', Imran Ajmain bakal membina nama di negara ini berbekalkan vokal dan album yang hebat!

Tersenarai di dalam album `Dengan Secara Kebetulan' ini 16 trek lagu dan 5 bonus trek termasuk lagu instrumental. Album ini tambah menarik kerana terselit antara lagu-lagu ini pantun-pantun yang indah dialunkan oleh Imran dengan nada penuh asyik. Di tambah lagi dengan vokal beliau yang pada pendapat peribadi saya unik dan bertenaga.

Seribu Tahun adalah single pertama yang ditulis oleh Imran Ajmain dan Taufik Batisah. Sebuah lagu balada yang indah dengan susunan muzik yang hebat. Ternyata lagu ini menjadi pilihan bukan sahaja pendengar-pendengar ERA malah stesen-stesen radio yang lain. Seribu Tahun kini sedang menduduki tahta Carta ERA untuk beberapa minggu.


Secara jujurnya saya juga meminat lagu `Tidak Seindah Biasa' yang sarat dengan pengaruh lagu dan lenggok melayu. Saya membayangkan lagu ini didendangkan di sebuah pentas besar berlatarbelakangkan senario zaman kesultanan Melayu.Iramanya enak sekali untuk dihayati!

Taurus adalah sebuah lagu pop R&B dengan menampilkan Altimet dan Dayang Nurfaizah. Satu percubaan yang berani yang menggabungkan intro lagu Penawar Rindu gaya Dayang dan rap oleh Altimet. Taurus, adalah sebuah lagu yang tidak mengecewakan!

Sudah Tu Sudah, sebuah lagu rancak ciptaan Imran Ajmain, Taufik Batisah dan Alif Abdullah juga enak untuk didengar. Imran berjaya membawanya dengan gaya bersahaja dan menghiburkan. Jelas sekali setiap lagu yang dibawakannya penuh emosi dan penghayatan. Anda dapat merasakan lagu balada dan sedih meresap di hati anda. Dengarkan lagu-lagu beliau berulang kali dan hayati baris-baris lirik lagu lagu beliau yang putis dan anda akan faham maksud saya ini.

Lain-lain lagu yang anda pasti terhibur adalah seperti Malu, Abang (Akaustik `live') Compromise dan Ghaibmu.

Syabas Imran Ajmain!. Album ini antara album terbaik dengan lagu-lagu hebat ditambah susunan muzik yang dilakukan penuh hati-hati. Kehadiran anda pastinya mewarnakan lagi muzik di Malaysia. Semoga anda sukses di sini dan terus menghasilkan album-album yang bermutu.

Track Sample:

Seribu Tahun

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Latest

Download Full Album

.. .... .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..
/* /*