What's New

Sheila Abdul - MungkinKah

Jika kita mendengarkan nada suara penyanyi ini seakan-akan kita kenal dan seperti dapat mengagak siapakah gerangan penyanyi tersebut ditambah dengan genre pop komersil yang disampaikan pasti kita akan menyangka ia adalah lagu penyanyi Misha Omar atau beberapa artis lain yang sinonim dengan lagu balada.

Pun begitu, jika kita sudah bersua dengan penyanyi yang sedang hangat dengan lagu Mungkinkah ini, semestinya ramai tidak menyangka dia adalah penyanyi baru Sheila Abdul, gadis manis 20 tahun yang berasal dari Johor. Ketika sidang akhbar pra dengar album penyanyi ini di Bar Savanh Too Kuala Lumpur, ramai mengakui kebolehan bakat gadis ini yang mula dicungkil sejak ia dibangku sekolah lagi.

Sheila yang sebelum ini begitu aktif dengan pelbagai pertandingan nyanyian di negerinya diberi peluang menjadi artis di syarikat rakaman milik komposer terkenal Adnan Abu Hassan SRD Villa Records setelah dia menjuarai pertandingan Suara Bintang Adnan Abu Hassan.

Berbekalkan pengalaman dan didikan dari Adnan, Sheila berharap kehadirannya dalam industri ini diterima dan tidak sesekali disamakan dengan mana-mana artis yang dikatakan menyamai dengan suaranya. Bagi Sheila Suara adalah kurniaan Allah dan jika suaranya dikatakan sama dengan mana-mana artis mungkin itu hanya secara kebetulan.

Mungkin juga kerana artis-artis yang dikaitkan pernah menjadi anak didik Adnan dan secara tidak langsung konsep dan lenggok suara hampir sama dengan mereka. Apapun kata Sheila setiap artis mempunyai cara dan identiti sendiri dalam menyampaikan persembahan masing-masing.

Album yang diberi judul Sheila Abdul ini mempertaruhkan lagu Mungkinkah sebagai single pertama dan kini sedang hangat dipasangkan dicorong-corong radio popular. Lapan lagu telah dipilih, selain Mungkinkah lagu Lepaskanlah akan menjadi hit kedua juga sebuah lagu dwibahasa Melayu dan Inggeris, Bahang Asmara.

"Sheila bersyukur akhirnya impian untuk merakamkan album terlaksana. Minat yang begitu mendalam pada bidang nyanyian tidak menghalang Sheila untuk melakukan apa sahaja dan membuktikan pada kedua orang tua yang Sheila betul-betul ingin berjaya dalam bidang ini. Semoga dengan kehadiran album ini memberi lembaran baru dan ruang untuk Sheila menapakkan diri sebaris dengan artis popular yang sedia ada," cerita Sheila.

Download

Mungkinkah

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Latest

Download Full Album

.. .... .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..
/* /*