What's New

New Added || Shahila : Sha-Hila

Dahulu dikenali sebagai Shila Tekno. Kini dengan penampilan yang lebih segar, dan nama baru, artis EMI Sha-Hila muncul dengan album kedua menggunakan jodol namanya. Satu album bermutu. 3.5/5 bintang.Gadis manis berusia 14 tahun ini adalah anak kepada penyanyi popular sekitar 80an N.D Lala. Dengan imej remajanya saya berpendapat Sha-Hila semakin berjaya apatah lagi lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ini memang sesuai dengan vokal beliau serta berirama rancak.Terus terang saya katakan saya sukakan single pertama Saat Bahagia ciptaan Eliot Kennedy,Tim Lever, Mike Percy dan Tim Woodcock. Lagu ini boleh membuatkan anda bergoyang kaki! Jika diamati irama ini cukup popular dibawakan oleh kumpulan-kumpulan remaja dari barat seperti kumpulan S Club 7. Saya merasakan Sha-Hila sesuai untuk membawa irama sebegini dan dan strategi EMI nampaknya tidak sia-sia. Lagu Saat Bahagia semakin kerap diputarkan di corong-corong radio dan menjadi pilihan remaja masa kini.Sha-Hila kini bersiap sedia untuk meneruskan penguasaannya di dalam muzik dansa menerusi single kedua `Kita Berdansa (loco Loco) juga ciptaan pencipta-pencipta lagu Saat Bahagia. Sementara lagu Tinggal Memori ciptaan Shahila sendiri ada sedikit pengaruh lagu `Beautiful' nyanyian Christina Aquilera. Sha-Hila membawanya dengan baik sekali. Bagaimana pula dengan vokal beliau? Sebagai remaja berusia 14 tahun, beliau masih memiliki vokal keanak-anakan. Namun begitu memang sepatutnya beliau lebih ke arah remaja kerana usia mudanya. Berikan sedikit masa lagi..beliau pasti akan menjadi kegilaan remaja akan datang!Itu pendapat saya.Jika mahu dilihat sebagai pakej, Sha-Hila memiliki apa yang diperlukan sebagai seorang penyanyi. Beliau boleh menyanyi (cuma perlu diasah lagi agar lebih cemerlang), wajah comel serta sokongan daripada orang-orang yang tahu dan terlibat lama di dalam industri ini, antaranya bapa beliau sendiri ND Lala, Ahmad Izham Omar dan Audi Mok.


Track Sample:

Sha Hila : Saat Bahagia

Sha Hila - Kita Berdansa

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Latest

Download Full Album

.. .... .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..
/* /*