What's New

New Added || Radja : Aku Ada Karena Kau ada

Kumpulan rock yang popular dengan lagu 'Tulus' dan 'Jujur' kini kembali ke pasaran Malasyia dengan album terbaru mereka yang berjudul "Aku Ada Karena Kau ada".

Band yang ditubuhkan pada 17 Mac 2001 terdiri daripada Ian Kasela (vokalis), Indra Riwayat (bass), Moldy (gitar) dan Seno (drum) cuba menepati pemintaan peminat mereka dengan melahirkan album keempat mereka walaupun sibuk dengan promosi 'Langkah Baru' yang masih hangat di pasaran.

Lantas, album ini didedikasi khas untuk peminat mereka di Indonesia serta Malaysia yang telah memberi sokongan kepada mereka.

Album, 'Aku Ada Karena Kau Ada', membawakan irama 'Free Pop' dengan lirik-lirik cinta yang menyusuk kalbu. Abum ini bakal menemui peminatnya pada 11 Mei kelak dan sebanyak 40,000 unit akan diedarkan oleh EMI Malaysia di pasaran tempatan.

Radja yang berasal dari Jakarta memiliki kemampuan untuk menangkap keinginan pasaran sekarang yang mahukan lagu-lagu berunsurkan 'Free Pop' dan berlirikkan cinta , iaitu sebuah konsep yang universal.

Track sample:

Aku Ada Karena Kau ada

Benci Bilang Cinta

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Latest

Download Full Album

.. .... .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..
/* /*