What's New

New Added || Mamat : Naluri Kasih

Setelah dua tahun tidak muncul dengan album baru, Mamat kini kembali dengan album barunya, Naluri Kasih, terbitan FMC yang sudah pun berada di pasaran sejak 12 Jun lalu.Album tersebut menghimpunkan tujuh buah lagu lama antaranya Mama Ku Ingin Pulang, Oh Fatimah dan Si Gadis Ayu.Hanya ada tiga lagu baru dalam album itu, iaitu Naluri Kasih, Di Garisan Ini dan Dewi Sukma.
Dewi Sukma merupakan single pertama yang telah pun diputar di corong-corong radio. Lagu tersebut pernah menduduki juara carta lagu KLFM menewaskan Mawi. Lagu Dewi Sukma menceritakan mengenai seorang jejaka yang cukup setia dan sayangkan percintaannya. Menyentuh mengenai harapan terhadap album barunya, sambil tersenyum Mamat berkata, “Saya yakin peminat dapat menerima album kali ini. Ini kerana album ini dihasilkan khas untuk peminat saya.”

Selepas keluar daripada kumpulan Exists, Mamat pernah muncul dengan dua album solo iaitu Mamat Dulu dan Sekarang dan Seminit Bagiku.Album Mamat Dulu dan Sekarang merupakan album kompilasi lagu-lagu Exists yang dinyanyikan semula oleh Mamat. Seminit Bagiku pula merupakan album yang memuatkan 10 lagu-lagu baru nyanyiannya.Menerusi album Seminit Bagiku, Mamat menampilkan muzik yang berbeza daripada penampilannya terdahulu. Tapi ternyata perubahan yang dibuat tidak mampu memenuhi kehendak pendengar sehingga album itu tidak begitu mendapat sambutan.

“Bersama Exists, muzik yang saya bawa lebih kepada balada tapi untuk album solo (Seminit Bagiku) saya cuba muzik rock progresif. Tapi saya lihat peminat tak dapat menerimanya,” kata Mamat ketika ditemui di studio Utusan Malaysia baru-baru ini.Atas sebab itu, Mamat kini kembali dengan album Naluri Kasih untuk memenuhi cita rasa peminatnya.Judulnya membayangkan rasa kasih Mamat kepada peminat sehingga sanggup kembali kepada irama balada walaupun jauh di sudut hatinya Mamat ingin mencari sedikit perubahan.

“Demi peminat, saya sanggup kembali menyanyikan lagu-lagu irama balada. Bagi saya permintaan peminat lebih penting untuk ditunaikan,” kata bapa kepada dua orang anak ini.

Track Sample:

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Latest

Download Full Album

.. .... .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..
/* /*