What's New

New Added || Fazli Zainal: Harapan

KETIKA ini, lagu merdu ciptaan sepenuhnya Hazami berjudul Harapan, kerap kali berkumandang di radio tempatan. Begitupun, tidak ramai pendengar yang mengetahui siapa empunya suara yang mengalunkan lagu berentak perlahan berkenaan.
Menyebut nama Fazli Zainal, mungkin ramai tertanya-tanya, siapakah gerangan jejaka terbabit? Bersiap sedia sajalah sebab penyanyi ini bakal tampil dengan album pertama tidak lama lagi. Diterbitkan syarikat baru, U’quotient Records, album itu kini memasuki peringkat akhir proses persiapannya sebelum diletakkan di rak CD dan kaset peminat muzik tempatan.

Fazli sebenarnya bukan nama asing bagi mereka yang gemar berhibur di kelab malam dan hotel. Penyanyi ini juga sering menyertai pelbagai pertandingan nyanyian, termasuk Malaysian Idol (MI) musim pertama, pada 2004. MI jugalah pertandingan paling berjaya buat lelaki berusia 29 tahun ini apabila dia terpilih sebagai peserta Top 12, biarpun tersingkir seawal minggu pertama.

Mula menyanyi di kelab (di Holiday Inn Johor Bahru) pada penghujung 1998, dia berpindah dari satu tempat ke tempat lain, menimba pengalaman sebagai penyanyi. Walaupun agak lama masa diambil sebelum akhirnya disambar syarikat rakaman berkenaan, jejaka dari Selatan ini tidak mudah putus masa.

“Saya memilih U’quotient Records kerana syarikat ini memberikan kebebasan buat saya memilih lagu yang sesuai,” kata Fazli yang turut mendapat pengawasan Ketua Pegawai Operasi 8TV, Ahmad Izham Omar.

Single kedua penyanyi ini, Mantera Sakti, juga termasuk dalam kategori irama rancak. Lagu terbabit dicipta Audi Mok, manakala liriknya adalah hasil pena AD Samad. Pada majlis berkenaan, 10 lagu dimuatkan dalam album Fazli yang diperdengarkan kepada wakil media.

Lagu terbabit ialah Sejuta Nafas Cinta (sebuah lagi lagu balada ciptaan Hazami yang berpotensi untuk popular), Mantera Sakti, Harapan, Haruskah, Ke Akhir Masa, Ku Bukan Boneka (menampilkan Terry Lee), Hadirmu Cuma Seketika, Lihatlah (menampilkan Dina), Ku Tetap Bersamamu dan Penghujung Cerita.

Album berkenaan bukan saja menampilkan ciptaan komposer muda tempatan, malah sebuah lagu ciptaan Pengiran Sufri Bolkiah turut dimuatkan. Lagu itu, Ku Tetap Bersamamu, diterbitkan di Indonesia oleh Edlanda Yunita, anak didik komposer terkemuka negara berkenaan, Indra Lesmana.

Harapan diletakkan dalam kategori pop bebas dijangka berada di pasaran pada 14 Ogos ini menerusi edaran Sony BMG Music Entertainment (M) Sdn Bhd.

Track sample:

Harapan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Latest

Download Full Album

.. .... .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..
/* /*