What's New

New Added || KRU: ’10 Diskalarichter’

Gerenti Beres merupakan single pertama album KRU yang ke 13 bertajuk ’10 Diskalarichter’ yang akan dipasarkan tahun ini. Selain Gerenti Beres, KRU juga menghasilkan sebuah lagi klip video yang bertajuk C'mon Lah. Klip video ini juga membawa kelainan tersendiri kerana menceritakan perjalanan lucu dan menarik beberapa personality hiburan seperti Jac, Mawi, Siti Nurhaliza dan beberapa nama popular yang lain."Gerenti Beres adalah single lagu bahasa Melayu manakala C’mon Lah adalah single lagu bahasa Inggeris. Kedua-dua klip video klip kami banyak mengutarakan humor dan jenaka. Kami juga menggunakan pelakon-pelakon tambahan yang membawa watak-watak penyanyi terkenal yang dipaparkan. Ada satu adegan mahkamah di dalam C’mon Lah," kata Norman.
Norman juga menjelaskan hampir keseluruhan lagu-lagu dalam album ke-13 ini lebih kepada konsep humor yang mengandungi mesej sindiran yang lebih menjurus kepada hiburan untuk pendengar.Walaupun usia mereka sudah meningkat, Norman berasa peningkatan usia bukan penghalang kepada gaya remaja yang dibawa oleh mereka."Kami mendapat banyak cadangan juga kritikan yang ingin mereka mengubah imej mereka agar sesuai dengan usia mereka. Kami lebih selesa begini. Apapun album yang kami lakukan, kami mementingkan kualiti muzik agar sedap didengar dan senantiasa diminati," ujar Norman lagi.
Track Sample:

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Latest

Download Full Album

.. .... .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..
/* /*