What's New

New Added || Search : Gothik Malam Edan

SEARCH bersatu kembali dengan kemunculan album yang dinanti-nanti, Gothik Malam Edan. Sebuah album hebat dan patut dimiliki oleh peminat-peminat rock.4/5 bintang.


Setelah lama tidak mendengar berita mengenai kumpulan rock legenda, akhirnya Search muncul dengan barisan pemain-pemainnya yang dahulu – Hillary, Amy, Yazit dan Nasir dengan album baru berjudul Gothik Malam Edan. Ramai yang ternanti-nantikan album ini kerana setelah sekian lama tidak muncul, peluang untuk mendapatkan album ini sudah pasti tidak akan dilepaskan.

Bermula dengan single pertama Yin & Yang ciptaan M.Nasir dan lirik oleh Lolog, lagu ini segera mendapat tempat di hati peminat-peminat rock dan menjadi pilihan mereka di dalam rancangan pilihanmu di ERA. Kemudian menyusul single kedua mereka Memoria Anna ciptaan Edrie Hashim, sebuah irama hard rock yang cukup bertenaga dibawakan oleh vokalisnya Amy.

Kehebatan album ini adalah kerana pemain-pemainnya cukup berpengalaman dan amat disegani di dalam industri muzik rock. Mereka adalah legenda rock yang masih berada di kedudukan teratas. Kerana itulah setiap lagu yang disampaikan cukup hebat dan meremangkan bulu roma!! Dengarkan lagu-lagu seperti Gothik Malam Edan, Ampun, Lara Tari Pencinta dan banyak lagi . Anda pasti bersetuju bahawa album ini adalah album yang terbaik untuk tahun ini. Susunan muziknya mantap dan liriknya amat sinonim dengan Search. Vokal Amy…tidak perlu dipertikaikan lagi… ianya seperti tahun-tahun yang sudah……malah semakin mantap dan bertenaga.Alangkah manisnya jika ada Din dan Kid, juga pemain asal kumpulan ini turut serta di dalam album terbaru ini.

Track sample:

Search - Gothik Malam Edan

Search - Menawan Marikas

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Latest

Download Full Album

.. .... .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..
/* /*