What's New

Download || 6ixth Sense - Full album - "Dari Hati"

Menyifatkan album yang memunculkan wajah lima anggota kumpulan ini dengan imej yang lebih matang dan ’sound’ yang membentuk identiti 6ixth Sense sebagai band baru berwibawa, kami berjaya mencipta fenomena baru kepada industri muzik. 6ixth Sense berjaya meyakinkan syarikat Metadome Sdn Bhd yang bekerjasama dengan pengendali telekomunikasi terkenal, Maxis untuk melancarkan album kedua dalam bentuk pasaran digital. Usaha baru yang cuba dipelopori oleh dua nama gergasi dalam memajukan dengan tuntutan dunia teknologi yang serba pantas.

Menerusi kerjasama itu, peminat berpeluang untuk menikmati sensasi baru yang ditawarkan 6ixth Sense dalam album kedua dalam bentuk true tones, nada bunyi polifonik, muat turun lagu penuh, nada dering pemanggil dan pelbagai lagi untuk disesuaikan dengan kehendak peminat muzik semasa. Pemilihan 6ixth Sense sebagai pelopor dalam pengedaran album seperti itu bersesuaian apabila Maxis mengangkat kumpulan popular itu sebagai Artist Of The Month, Jun lalu.

Bercerita mengenai album kedua yang masih mempertahankan konsp pop yang dibaluti nuansa rock dan emo itu, Adi menyifatkan 6ixth Sense sedang menempuh kematangan dalam aliran muzik yang dibawakan. Berbeza kerana album pertama lebih dilihat sebagai percubaan untuk memahat nama mereka dalam industri muzik, hala tuju 6ixth Sense dalam album kedua itu lebih menyerlah. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan kami bakal mengulangi kejayaan yang pernah dilakar menerusi album pertama yang rata-rata mendapat pujian daripada pengkritik muzik. 6ixth Sense membuktikan mereka berupaya menghasilkan mutu produksi yang setanding dengan pemuzik luar, terutama band dari Indonesia yang semakin kukuh menguasai pasaran muzik tempatan.




Keberanian kami untuk meneroka bunyian yang lebih mencabar, malah cuba bereksperimentasi untuk memperkenalkan sentuhan 6ixth Sense kepada khalayak pendengar menjadikan produksi album ini begitu peribadi kepada kami berlima. Jika Hari Ini Dan Semalam berjaya membolosi carta radio tempatan, malah antara komposisi yang mendapat putaran terbanyak di stesen radio nombor satu negara, Era, tidak mustahil jika Tak Bisa Memilihmu yang diangkat sebagai single sulung kumpulan ini mengulangi kejayaan yang sama.

Bahkan tatkala dipendengarkan kepada beberapa pihak, kami yakin sentuhan baru daripada kami terbabit akan membawa kami terbang jauh dalam industri muzik. Impian kami untuk mendakap realiti dengan meluncurkan album di negara Indonesia semakin menghampiri. Tak Bisa Memilihmu bakal menjadikan impian 6ixth Sense satu kenyataan, disokong oleh Metadome yang membuat percaturan berani untuk melancarkan projek ulung itu dengan album kedua kumpulan ini.

Track Listing :

01 - 6ixth Sense - Begitu Indah (Cinta)
02 - 6itxh Sense - Cinta Sejati
03 - 6ixth Sense - Dari Hati
04 - 6ixth Sense - Hikayat Cinta II
05 - 6ixth Sense - Kasih Sayang
06 - 6ixth Sense - Kelam
07 - 6ixth Sense - Long Distance
08 - 6ixth Sense - Rayuan Gombal
09 - 6ixth Sense - Tak Bisa Memilihmu
10 - 6ixth Sense - Tanpa

Download || 6ixth Sense - Full album - "Dari Hati"


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Latest

Download Full Album

.. .... .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..
/* /*